
Buat wanita muslimah moden di Malaysia, mungkin terdapat pelbagai pilihan butik atas talian yang boleh dicari untuk membeli koleksi hijab mereka. Jadi, apakah keistimewaan yang ditawarkan di Wardahku?
Di laman sesawang kami, terdapat pelbagai jenis hijab collection seperti tudung bawal dan juga shawl. Tetapi yang paling menarik, ialah harga kami yang tiada tandingan!
Koleksi tudung bawal kami boleh didapati dalam beberapa gaya. Semestinya kami menawarkan tudung bawal cotton voile. Style tudung bawal ini sangat selesa dengan kapas yang nipis dan mendinginkan. Warna-warna dalam koleksi ini juga sangat elegan dan sesuai untuk dipakai secara kasual mahupun formal.
Tudung bawal kami juga boleh didapati dalam fabrik satin yang senang dibentuk dan tidak memerlukan awning. Tudung bidang 45 ini ditawarkan dalam empat siri warna berbeza, antaranya Cool Series, Earthy/Neutral Series, Purple/Grey Series dan Warm Colour Series.
Buat para pelanggan yang lebih menggemari hijab fesyen bergaya shawl, Wardahku juga mempunyai koleksi tudung shawl yang dikenali sebagai shawl jersey. Kain ini dibuat dengan 100% kapas yang menyerap air atau peluh serta tidak memerangkap haba membolehkan tudung shawl ini dipakai dengan selesa dan tidak panas.
Kami juga menawarkan koleksi tudung shawl chiffon yang ringan, nipis dan anggun. Dalam siri warna pelangi dan stail "pleated", koleksi ini sesuai untuk dipadankan dengan baju kurung atau baju kebaya buat acara yang lebih formal dan profesional.
Kami amat bangga dengan koleksi hijab, tudung dan shawl kami yang menepati pelbagai jenis citarasa berbeza buat wanita muslimah di Malaysia. Jadi bila anda terfikir untuk beli tudung bawal atau shawl online, belilah daripada Wardahku!